Cerita Saya

Thursday, November 3, 2011

Titip Langkahmu

berjalanlah dengan titip lembut dan hormat...
ibarat bayu petang membelai kulit pipi dengan sipu..
usah melangkah sambil mendongak dada..
cuba menyergah maha Pencipta..
rendahkan hati..banyakkan berbudi..
jangan keji ..terus menyakiti..
galilah ilmu..tidak ada jemu..



Tuesday, November 1, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Di sini saya nak kongsikan sedikit kisah yang berkaitan dengan ERTI SEBUAH PENGORBANAN..
Jika kita renung kembali, masih adakah manusia yang sanggup berkorban seperti yang terdapat dalam artikel ini..
Selamat menghayati setiap bait kata-kata kisah cerita ini...

Bila saya jumpa video ini di Youtube, saya teringat rancangan National Geographic yang ada memaparkan kisah Australian Penguins. Ianya satu analogi yang indah. Bagaimana kejadian makhluk ciptaan-Nya boleh mengajak kita berfikir dan merenung kebesaran-Nya. Tapi video pendek ini cukup memberikan kita kesedaran.
Dalam video ini, penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi untuk bertelur. Setelah bertelur, penguin betina ini akan memberikan telurnya itu kepada si jantan ("suaminya") untuk dieramkan. Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makanan selama 4 bulan. Selama 4 bulan itulah si jantan akan menjaga telur yang telah diamanahkannya itu tanpa meletakkan telur itu ke tanah walaupun sesaat kerana dikhuatiri anaknya akan mati kesejukan. Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat dan makanan untuk memastikan anaknya menetas. Walau dihujani salji tebal, penguin jantan tersebut akan berdiri tanpa berganjak demi keselamatan anaknya.

Bila tiba musim bunga, anak penguin itu mula menetas dan si penguin jantan masih lagi menjaga anaknya dengan penuh kesabaran walaupun telah menahan lapar selama 4 bulan. Si penguin jantan akan memberikan susu kepada anaknya dan itulah makanan pertama anaknya. Beberapa ketika selepas itu, si penguin betina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan terus menuju ke arah "suaminya" dan mengambil alih tugas untuk membesarkan si anak dan memberikan anaknya makanan yang diburu. Si jantan pula akan terus ke laut untuk makan dan memburu. Sekiranya si penguin betina mati di tengah lautan, si penguin jantan dan anaknya juga akan turut mati kelaparan kerana si penguin jantan tidak akan meninggalkan anaknya tanpa si penguin betina.
Inilah kehidupan spesies penguin di kutub Artartika. Mungkin di dalam National Geographic mengenai Australian Penguins sedikit berbeza dengan penguin di Artartika ini yang menceritakan dengan lebih terperinci bagaimana sipenguin betina dan jantan memburu di lautan demi memberikan makanan kepada anaknya. Ada di antaranya yang terpaksa berenang sejauh lebih 20 kilometer semata-mata ingin mendapatkan ikan. Ada yang mati tersangkut di enjin kapal dan ada juga yang diserang pemangsa.
Ibu ayah mereka mati tatkala anak mereka menantikan kepulangan mereka. Disebabkan faktor pencemaran dan merosotnya sumber makanan di lautan, ada penguin yang terpaksa berenang melebihi sempadan lautan dengan harapan dapat memberikan anak mereka makanan. Namun tanpa diduga, sekembalinya penguin ini di daratan untuk memberikan anak mereka makanan, apa yang tinggal hanyalah bangkai anak mereka yang mati akibat menahan lapar. Si penguin betina ini tidak mudah mengalah dan berputus asa. Ia kembali ke lautan sekali lagi untuk mencari suaminya. Jika kita di situasi penguin ini, adakah kita akan mengeluh atau pun bersabar?
Mungkin juga kita akan mengeluh kerana terpaksa mencari rezeki berbatu jauhnya dan berjauhan dengan keluarga atau pun bersedih kehilangan anak yang disayangi. Jika kita adalah ibu bapa, mampukah kita menerapkan nilai kasih sayang seperti mana yang ditunjukkan oleh penguin ini? Ironinya, ada manusia kini ada yang sering merungut tugasan kerja yang banyak sehingakan tiada masa untuk menguruskan keperluan di rumah. Walaupun di zaman serba canggih ini dengan seribu satu mesin untuk memudahkan kerja manusia, namun masih ada yang merungut. Bersyukurlah kita seadanya dengan segala nikmat kurnia-Nya. Kita masih ada mata untuk melihat dan membaca, kita masih ada tangan dan kaki untuk mencari rezeki.
Kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai manusia khalifah di muka Bumi ini. Namun, sejauh mana amanah yang kita pikul ini terlaksana. Ada segelintir kita yang sering mengeluh dibebani ujian hidup dan sering menyalahkan takdir. Adakah kita mampu meneruskan kehidupan dengan redha dan sabar apabila segala nikmat, rezeki dan ahli keluarga ditarik? Mungkin sukar tetapi itulah ujian dari-Nya. Ujian inilah yang menguji keimanan setiap hamba-Nya. Apabila kita ditimpa ujian, ingatlah ia adalah tarbiyyah dari Allah. Takkan sesekali diuji hamba-Nya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul hamba-Nya.
Hidup ini tidak selalunya dihujani ujian. Tanpa kita sedari, nikmat-Nya datang menghapuskan epilog sedih. Ya Allah, sesungguhnya banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu. Teringat ada pepatah mengatakan "Melihat kehidupan insan lain boleh menjadi ikhtibar pada diri kita. Untuk belajar bersyukur, kita kena lihat kehidupan orang yang lebih susah daripada kita supaya ia mengingatkan kita bahawa ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan pertolongan...". Mungkin di mata kita, penguin itu hanyalah seekor haiwan yang lemah tetapi di sebalik kisah hidupnya, ada ikhtibar dan pengajaran yang boleh kita pelajari. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu melainkan dengan menyuruh manusia itu berfikir.

Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk berfikir ke arah yang lebih baik. Semoga segala dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah S.W.T. 


Monday, October 31, 2011

Allah melihat hamba Nya berdasarkan hatinya...

Assalamualaikum..Bissmillahirrahmanirrahim.
Manusia ialah makhluk ciptaan Allah yang sebaik-baik ciptaan. Manusia mempunyai akal yang melebihkan keistimewaan ciptaan Nya berbanding makhluk-makhluk yang ada di seluruh alam semesta ini. Dalam mempunyai akal, manusia juga mempunyai nafsu. Dua perkara ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sekiranya manusia dapat mengawal nafsu dan menggunakan akal fikiran ke arah yang Allah suka, maka wujudlah IMAN dalam dirinya. Apabila perlakuan itu dilaksanakan secara BERISTIQAMAH, maka TAQWA akan ada dalam diri manusia tersebut.
Persoalannya, berapa ramaikah manusia yang dapat mengawal nafsu mereka? Berapa ramaikah manusia yang dapat menggunakan akal fikiran mereka betul-betul ke arah perkara yang Allah suka? 
Dan inilah dinamakan manusia.Lumrah manusia yang sering LUPA. Lupa untuk mengawal nafsu mereka apabila dirangsang oleh iblis laknatullah. Lupa berfikir untuk melaksanakan dan melakukan perkara-perkara yang Allah suruh, yang Allah suka. Dalam norma kehidupan manusia, apa yang penting nafsu dipuaskan, dipenuhi...akal berfikir ke arah perkara yang boleh membawa  keuntungan kepada diri sendiri sahaja dimatanya.
Ingatlah manusia......
Kaya manapun kita, bijak manapun kita..semua itu ialah anugerah daripada Allah. Siapalah kita yang mahu mendongak kasar kepada Pencipta kita? Siapalah kita yang mahu menyergah kekuasaan Nya? Pandanglah ke langit, lihat kepada diri kita..betapa kerdilnya diri kita yang merangkak hidup di muka bumi ini..Tidak malukah kita kepada Allah bahawa segala apa yang kita terima adalah kurniaan daripada Nya. Mengapa masih mahu bongkak? Mengapa masih mahu sombong? Mengapa masih mahu angkuh? Titiplah langkah dengan penuh hormat dan patuh kepada Pencipta kita yang Maha Agung. Janganlah merasakan diri kita hebat, kerana sebenarkan kita ialah hamba kepada Nya. Renungkanlah kembali kepada nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Lihatlah..betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan dalam kehidupan kita. Setiap saat Allah memberi nikmat kepada kita. Mengapa kita masih perlu menyangkal kekuasaan Nya. Sekiranya kita memikirkan kehidupan kita susah, jalanlah..maka akan dilihat ada lagi insan-insan yang lebih susah daripada kita. Kembalilah bersyukur kepada Nya atas segala apa yang dikurniakan Nya kepada kita. Sifat syukur akan menjadikan kita sebagai hamba yang sentiasa mengingati Pencipta. Sifat ini akan mengajar kita erti sifat tawaduk yakni rendah diri. Maanfatkanlah kehidupan kita di akhir zaman ini dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Ilahi. berlindunglah kita dengan Nya daripada segala fitnah yang boleh menjurus kita ke lembah api neraka. Isikanlah ruang-ruang kehidupan kita dengan perkara yang Allah suka, yang mengingatkan diri kita tentang kekuasaan Nya. Berusahalah sedaya upaya untuk mencapai sifat Taqwa dalam diri. Kerana dengan adanya sifat ini, nescaya kita akan sentiasa berasa takut kepada Allah ketika mahu berfikir untuk melaksanakan sesuatu perkara yang ditegah Nya. InsyaAllah, sekiranya kita ingat kepada Nya, Dia akan sentiasa menjaga, mengawasi dan memerhatikan kita..Segala urusan akan dipermudahkan. Kembalilah kepada Nya. Ingatlah..Allah tidak melihat manusia dari segi kekayaan harta, tapi Allah melihat hamba Nya, berdasarkan sifat keikhlasan hatinya dalam melakukan perkara-perkara yang  diperintahNya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa. Sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan dalam diri kita. InsyaAllah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Assalamualaikum.

Wednesday, August 17, 2011

Pengalaman Mendewasakan

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum.
Jam dah menunjukkan 5.53 petang. Hari ini merupakan hari yang ke-17 Ramadhan. Tidak terasa begitu cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah nak habis bulan puasa. Tinggal beberapa hari saja nak balik beraya. Dalam pada masa yang sama, saya masih menjalani praktikum yang kedua di SK Laksamana Kuching. Tak sabar rasanya nak habiskan praktikum kali ini. 
Ramadhan pada tahun ini agak berbeza dengan ramadhan sebelum ini. Kalau sebelum ini, saya menjalani ibadah puasa di kampus. Tapi kali ini, saya dan kawan-kawan saya Faizal, Hadi, Rin, Abib dan Ijat menunaikan ibadah puasa di rumah sewa kami. Saya dah tak tinggal dalam kampus lagi (atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan). Memang berbeza suasana puasa pada tahun ini. Kalau dulu, berbuka puasa dalam bilik di hostel. Ingat lagi tahun lepas, saya berbuka puasa dengan teman sebilik, Baihaqi dan kawan saya Khusairi. Sekarang, saya berbuka puasa di rumah sewa. Masak suka hatilah nak masak apa. Asalkan rajin nak masak dan nak cuci. Kehidupan di luar kampus memang gak berlainan berbanding duduk di dalam kampus. Jauh berbeza. Jauh lebih mencabar. 
Orang cakap, kalau IKUT HATI MATI. Begitulah perumpamaan yang boleh saya tafsirkan untuk kehidupan diluar peraturan yang ditetapkan. Kalau dahulu, masa keluar ada had. Sekarang bila dah tak ada peraturan yang membatasi perlakuan, bila-bila pun boleh keluar masuk. Tak nak balik pun orang tak kisah. Siapa nak peduli? Banyak lagi cabaran dugaan dalam kehidupan menetap di luar batasan peraturan. Nak tak nak, kena juga fikir sendiri. Nak pilih jalan A atau jalan B? Tepuk dada tanya IMAN, tanyalah MINDA. Memang betul apa yang mak saya katakan. Semakin dekat nak habiskan pengajian, semakin banyaklah ujian. 

"Ya ALLAH.. Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi..yang mengetahui segala isi di lautan di daratan juga seluruh alam..Sesungguhnya, ENGKAU jua lah yang tahu apa ada dalam isi hati hamba MU ini. Hamba MU bermohon kepada MU ya Allah..KAU tetapkanlah Iman dan Islam dalam hati hamba MU ini..Janganlah ENGKAU biarkan hamba MU terpesong daripada jalan MU ya ALLAH. Peliharalah hamba MU daripada melakukan perkara keji dan mungkar..perkenankanlah doa hamba MU ini ya ALLAH"

Selamat Berbuka Puasa kepada seluruh umat islam di muka bumi ini. Semoga ramadhan ini berlalu dengan penuh keberkatan kita perolehinya. Salam rindu buat Ibu(Junaidah bt Judin), Ayah(Smail b Bujang) dan seluruh ahli keluarga yan.g tersayang. Doakan kejayaan anakmu